Tuesday, 5 August 2014

Tema2:hubungan kekeluargaan

                                                    TEMA2

                             HUBUNGAN KEKELUARGAAN

UNIT3(TANGGUNGJAWAB DIJAGA,KELUARGA SEMPURNA)


Assalamualaikum..hari ini sya nak kongsikan kepada anda apa itu mak sud kekeluargaan..Anda tahu?

  Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Di Barat, keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi berpendapat istilah "darah" perlu difahami secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan "darah".


Setiap ahli keluarga ada tugas tugas tersendiri.. Antaranya iaitu:


TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA
  • Patuh dan taat terhadap ibu bapa.
  • Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka.
  • Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
  • Menjaga maruah diri dan keluarga.
  • Saling membantu dalam keluarga.
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP KELUARGA
  • Mencari nafkah untuk keluarga.
  • Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga.
  • Memberikan pendidikan dan didikan agama secukupnya.
  • Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.
AMALAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
  • Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.
  • Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota keluarga.
  • Saling menyayangi antara anggota keluarga.
  • Peka terhadap perasaan setiap anggota keluarga.
  • Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DAN MELINDUNGI KELUARGA
  • Memaklumkan kepada setiap ahli keluarga setiap kali keluar dari rumah.
  • Tidak berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri.
  • Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Ahli keluarga juga mempunyi pelbagai keperluan..antaranya iaitu:


KEPERLUAN FIZIKAL
  • · Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan, hiburan dan perubatan.
KEPERLUAN MENTAL
  • · Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung sesuatu perkara.
KEPERLUAN EMOSI
  • · Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata perangsang.
KEPERLUAN ROHANI
  • · Didikan agama dan nilai-nilai murni.


Saya rasa ini sahaja yang sya ingin kongsikan untuk masa inii.. jumpa nada di masa yang akan dating.. bye. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment