TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
YANG DIPERTUAN AGONG- MAJLIS RAJA-RAJA
KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA
BADAN PERUNDANGAN- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)
BADAN EKSEKUTIF- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan Bukan Berkanun.
BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya ( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo
( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen)
PERUNDANGAN (Legislatif)
- Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang undang-undang.
PELAKSANA (Eksekutif)
- Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan melaksanakan arahan.
KEHAKIMAN (Judisiari)
- Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan awam.
SURUHANJAYA DIRAJA
- Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.
- Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan.
- Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab.
- Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik.
- Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.
KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
- Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.
- Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan menteri.
- Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-fungsi tertentu.
ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
- Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia.
Kementerian Kewangan
- Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
- Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara.
Kementerian Pertahanan
- Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
- Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Kementerian Kerja Raya
- Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia.
Kementerian Luar Negeri
- Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.
Kementerian Belia dan Sukan
- Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka.
Kementerian Pengajian Tinggi
- Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman.
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
- Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
Kementerian Kesihatan
- Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
- Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Kementerian Pelancongan
- Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
- Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.
No comments:
Post a Comment